Friday 23 December 2011

Makanan Tradisional India

 
THOSAI
Thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Thosai adalah sejenis serabi yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis thosai seperti thosai bawang, thosai minyak sapi (ghee), thosai masala, thosai telur, thosai marjerin, thosai kertas (paper) dan sebagainya.  Penyediaan thosai hanya memerlukan adunan beras dan lentil hitam tersebut serta sedikit minyak. Ianya amat mudah untuk disediakan dan dapat dinikmati oleh seiisi keluarga sebagai makanan ruji ataupun sekadar makanan sampingan. Oleh kerana teksturnya yang agak ranggup dan ringan serta ianya senang dikunyah dan dihadam; maka hidangan tersebut menjadi kegemaran ramai tanpa mengira golongan umur. 



Makanan Tradisional Kadazandusun

 
BOSOU
Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-DusunSabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang ("Pangium edule") atau daripada daging mentah hasil perburuan.

Makanan Tradisional Cina

 
KUIH BULAN
Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.

Makanan Tradisional Cina

 
DIM SUM
Dim sum (tradisional: 點心, sederhana: 点心 hanyu pinyin: dianxin) adalah istilah dari bahasa Kantonis dan artinya adalah "makanan kecil". Biasanya dim sum dimakan sebagai sarapan atau brunch. Namun karena dimsum populer ke dunia dari Hongkong maka istilah dimsum lebih populer dibandingkan dianxin.
Dimsum terdiri dari berbagai macam penganan kecil-kecil yang biasanya merupakan makanan bersama teh. Orang Kanton sendiri sangat mementingkan acara minum teh yang disebut yamcha (Hanzi: 飲茶, hanyu pinyin: yincha).

Makanan Tradisional Melayu

 
BAULU
Kuih baulu ialah sejenis kuih tradisional yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Kuih baulu ini sering dihidangkan ketika hari raya atau pada majlis perkahwinan atau pertunangan. Kuih ini menjadi hidangan harian juga.Pada masa dahulu kuih baulu dibakar di dalam acuan khas yang diperbuat daripada tembaga. Sekarang peralatan moden iaitu ketuhar digunakan. Penggunaan ketuhar ini memudahkan kerja membuat kuih baulu. Kuih ini boleh dimasak dengan lebih cepat.Bahan utama untuk membuat kuih baulu ialah tepung gandum, dan telur itik atau telur ayam. Telur itik menjadi pilihan utama kerana telur itik tidak mempunyai air yang banyak. Keadaan ini menyebabkan baulu lebih enak dan lembut. Di samping itu rasanya sedap dan manis.Sekarang kuih baulu diusahakan secara industri kampung. Permintaannya bertambah apabila menjelang hari raya atau musim perkahwinan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Friday 9 December 2011

Makanan Tradisional Melayu

  
Dodol
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melakadan di Muar,Johor . Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapatepung berasgula pasirgula melaka dan garam. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelaphijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa DurianKelapa dan Pisang.

Makanan Tradisional Kadazandusun

  
Hinava
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.