Friday 23 December 2011

Makanan Tradisional Melayu

 
BAULU
Kuih baulu ialah sejenis kuih tradisional yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Kuih baulu ini sering dihidangkan ketika hari raya atau pada majlis perkahwinan atau pertunangan. Kuih ini menjadi hidangan harian juga.Pada masa dahulu kuih baulu dibakar di dalam acuan khas yang diperbuat daripada tembaga. Sekarang peralatan moden iaitu ketuhar digunakan. Penggunaan ketuhar ini memudahkan kerja membuat kuih baulu. Kuih ini boleh dimasak dengan lebih cepat.Bahan utama untuk membuat kuih baulu ialah tepung gandum, dan telur itik atau telur ayam. Telur itik menjadi pilihan utama kerana telur itik tidak mempunyai air yang banyak. Keadaan ini menyebabkan baulu lebih enak dan lembut. Di samping itu rasanya sedap dan manis.Sekarang kuih baulu diusahakan secara industri kampung. Permintaannya bertambah apabila menjelang hari raya atau musim perkahwinan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment