Friday 23 December 2011

Makanan Tradisional India

 
THOSAI
Thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Thosai adalah sejenis serabi yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis thosai seperti thosai bawang, thosai minyak sapi (ghee), thosai masala, thosai telur, thosai marjerin, thosai kertas (paper) dan sebagainya.  Penyediaan thosai hanya memerlukan adunan beras dan lentil hitam tersebut serta sedikit minyak. Ianya amat mudah untuk disediakan dan dapat dinikmati oleh seiisi keluarga sebagai makanan ruji ataupun sekadar makanan sampingan. Oleh kerana teksturnya yang agak ranggup dan ringan serta ianya senang dikunyah dan dihadam; maka hidangan tersebut menjadi kegemaran ramai tanpa mengira golongan umur. 



No comments:

Post a Comment