RESIPI

DODOL

 

Bahan-bahan ( 2 kg )

  • 500g beras pulut
  • 1/2 cawan beras jawi
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1kg gula merah
  • 1kg santan pekat
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. rendam beras pulut bersama beras jawi semalaman (12jam)
  2. masak gula merah bersama 3 cawan air sehingga gula hancur dan tapiskan.
  3. cuci beras yg direndam kemudian blender dgn sedikit air sehingga beras hancur
  4. masukan semua bahan (air gula merah, gula pasir, santan dan beras yg di blend) kedalam kuali.
  5. masak dgn api yg sederhana. sentiasa kacau (supaya tidak berkerak atau hangit).
  6. kacau sehigga dodol pecah minyak lebih kurang 2-3 jam bergantung pada kepekatan bancuhan, kalau bancuhan cair lambat le nak pecah minyak. di nasihatkan time blender beras tu jgn letak terlalu banyak air.




SATAY
 

Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
  • BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak
  • BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk
  • BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya
  • BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.


THOSAI
 


Bahan-bahan ( 10 keping tosai )

  • 2 cwn beras -rendam 8 jam
  • 1 cwn aluthu - rendam 8 jam
  • 1 kepal nasi
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1/2 labu bwg besar

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa blender. air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah. kadar kecairan adunan spt apam tapai atau bg yang biasa buat apam lenggang macam tu la
  2. masukkan garam dan kacau rata
  3. peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
  4. culup bwg dgn minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan
  5. kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali anda. masak dgan api perlahan atau sederhan


BAULU
 
BAHAN-BAHAN
  • 10 biji telur gred A
  • 380gm gula pasir
  • 1 sudu kecil esen ros 
  • 200gm tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil baking powder
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
  4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejap saja. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung. 
  7. Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik kalau 'off' kan kipas kat oven sbb kalo guna kipas bahulu akan mengecut sedikit nanti