Friday 23 December 2011

Makanan Tradisional India

 
THOSAI
Thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Thosai adalah sejenis serabi yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis thosai seperti thosai bawang, thosai minyak sapi (ghee), thosai masala, thosai telur, thosai marjerin, thosai kertas (paper) dan sebagainya.  Penyediaan thosai hanya memerlukan adunan beras dan lentil hitam tersebut serta sedikit minyak. Ianya amat mudah untuk disediakan dan dapat dinikmati oleh seiisi keluarga sebagai makanan ruji ataupun sekadar makanan sampingan. Oleh kerana teksturnya yang agak ranggup dan ringan serta ianya senang dikunyah dan dihadam; maka hidangan tersebut menjadi kegemaran ramai tanpa mengira golongan umur. 



Makanan Tradisional Kadazandusun

 
BOSOU
Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-DusunSabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang ("Pangium edule") atau daripada daging mentah hasil perburuan.

Makanan Tradisional Cina

 
KUIH BULAN
Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.

Makanan Tradisional Cina

 
DIM SUM
Dim sum (tradisional: 點心, sederhana: 点心 hanyu pinyin: dianxin) adalah istilah dari bahasa Kantonis dan artinya adalah "makanan kecil". Biasanya dim sum dimakan sebagai sarapan atau brunch. Namun karena dimsum populer ke dunia dari Hongkong maka istilah dimsum lebih populer dibandingkan dianxin.
Dimsum terdiri dari berbagai macam penganan kecil-kecil yang biasanya merupakan makanan bersama teh. Orang Kanton sendiri sangat mementingkan acara minum teh yang disebut yamcha (Hanzi: 飲茶, hanyu pinyin: yincha).

Makanan Tradisional Melayu

 
BAULU
Kuih baulu ialah sejenis kuih tradisional yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Kuih baulu ini sering dihidangkan ketika hari raya atau pada majlis perkahwinan atau pertunangan. Kuih ini menjadi hidangan harian juga.Pada masa dahulu kuih baulu dibakar di dalam acuan khas yang diperbuat daripada tembaga. Sekarang peralatan moden iaitu ketuhar digunakan. Penggunaan ketuhar ini memudahkan kerja membuat kuih baulu. Kuih ini boleh dimasak dengan lebih cepat.Bahan utama untuk membuat kuih baulu ialah tepung gandum, dan telur itik atau telur ayam. Telur itik menjadi pilihan utama kerana telur itik tidak mempunyai air yang banyak. Keadaan ini menyebabkan baulu lebih enak dan lembut. Di samping itu rasanya sedap dan manis.Sekarang kuih baulu diusahakan secara industri kampung. Permintaannya bertambah apabila menjelang hari raya atau musim perkahwinan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Friday 9 December 2011

Makanan Tradisional Melayu

  
Dodol
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melakadan di Muar,Johor . Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapatepung berasgula pasirgula melaka dan garam. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelaphijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa DurianKelapa dan Pisang.

Makanan Tradisional Kadazandusun

  
Hinava
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.

Makanan Tradisional Iban


2009-10-25-KASAM 
Kasam
Kasam ikan atau "Pekasam" sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat iban. Tidak sah lagi nya kalau suku iban menghidang makanan tanpa pekasam di sisi.Selalunya, ikannya  diperam selama sebulan sebelum di makan, makin lama makin sedap rasa isinya. selain itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk di jadikan pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat dan apa apa saja jenis ikan sungai. selain daripada itu juga, ramai masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya yang tersangat busuk dan bagi sesetengah orang yang biasa sahaja dengan pekasam dapat menerima makanan ini.

Thursday 8 December 2011

Makanan Tradisional Melayu

 
Lemang
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito, dan suku Semai.

Makanan Tradisional Melayu

 
Nasi Lemak

Nasi lemak  menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut disukai oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel.  Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.
 
SATAY

Satay ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.Satay dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.Di Malaysia, satay sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan BaruPulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan diIpohMuar dan Johor Bahru.Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Satay mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah satay disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herbaBau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merahdan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

Wednesday 7 December 2011

Makanan Tradisional  India
 
ROTI CANAI

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar ChennaiIndia disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Tuesday 6 December 2011

 

Makanan Baba Nyonya

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.
Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.
Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.
Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.
Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.